Tuesday, November 27, 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum..salam sejahtera .rasa dekat2 sebulan dah tak jenguk blog..tu la memang rasa rindu jugak bila x dpt jengah blog tapi apa kan daya , ada sebab2 yg tak dpt dielakkan ditambah pulak dgn kesibukan, & ada problem yg perlu diselesaikan segera  tu yg menyebabkan blog nie sepi je..apa pun now i'm back..(chaiyo3x- kasi semangat kt diri sendiri..huhuhuhu)
ari nie x der citer pasal mkn..kali nie pasal g bercuti ..tapi lama dah cuma lom kesempatan nk tulis (bila time stress cam nie . rasa nk g bercuti je huuhuhh) 
Percutian ke Pulau Tioman,3 hari 2 mlm  pertama kali menjejak kaki ke sana..selalu asyik dengar org citer je..now dah rasa sendiri best ..setelah segala persiapan dibuat terutama penginapan ,penting nie klau tak mahu kita tido kat jeti je heheheheh..kami bertolak dari rumah ke Gelang Patah dlm 6.30 pgi..sampi sne dekat 7 lebih ambil kawan adik .Kita pergi bertiga je. .. dari Gelang Patah menuju ke Mersing ambil masa lebih dari 2 jam.. masa kami sampai di Mersing..kat jeti pun dah ramai orang masing-masing tunggu giliran untuk menaiki feri..setelah mendapatkan  tiket feri ..kami pun duduk menunggu giliran utk menaiki feri, first time naik feri..rasa takut pun ada ..









Feri yg kami nk naik sampai tu pun selepas lebih dari 1/2 jam menunggu..wah bukan main ramai lagi org..nak cari seat pun susah ..nasib baik ada seat kosong utk kami bertiga...fuuhh lega ..bila feri mula bergerak kepala dh mula rasa pening(huhuuhu) perjalanan ke Kg Genting mengambil masa lebih kurang 1 jam ++ laa..Kg Genting merupakan perhentian pertama feri  , kami juga akan turun kat sni..
bila dpt jejak kaki kat jeti Kg Genting alhamdulilah lega dah selamat sampai..(pening kepala duk lama dlm feri)

Chalet yg kami booking tu Genting Bayu ..boleh tahan jauh klau dari jeti..penat jugak jalan..dari jeti menuju ke chalet penginapan terdapat banyak chalet2, tapi chalet kami x nmpk2 gak.kaki dh lenguh berjalan.. rupanya paling hujung sekali..setelah selesai pendaftaran kami diminta tunggu seketika..(sebab chalet yg kami booking tu tengah kemas).Perut pun dh lapar, pagi x sempat nk sarapan..kami makan nasi goreng, lapar punya pasal licin ....setelah selesai makan, chalet pun  dh siap kemas..apalagi masing2 dh x sabar nk mandi & berehat...ptg tu memang x ada aktiviti..cuma mkn mlm disediakan oleh pihak chalet..bnyk masa diabiskan dgn ZZZZZZZ ..


Kesokkan pagi selepas sarapan kami akan di bawa ke beberapa tempat dengan menaiki bot destinasi pertama ke kedai Free Duty, tak beli apa2 lepas  tu kami menuju ke Marine Park & last sekali pergi tengok coral tapi lupa lak nama tempat nye...


dalam bot










kat Marine Park nie air jernih boleh nmpk ikan berenang2 kat kaki, tapi gmbar x dpt nk snap sebab masing2 sibuk nk tengok ikan..tapi memang cantik & bnyk ikan.. klau kasi mkn lagi bnyk ikan berkumpul ..pengalaman yg cukup menarik  first time nmpk ikan bnyk cam tu.. sayang tak pandai berenang jadi x boleh la nk berenang lama2 dgn ikan2..tapi dpt gak merasa berada dlm dgn ikan2 walaupn sekejap.
Lepas tu kita gerak pulak tengok coral  subhanallah memang indah sekali.. memang cantik coral..walaupun menyelam dekat2 dgn boat je.....puas dapt tengok dari dekat .tapi sayang tak dpt ambil gambar.
Satu hari yg penuh aktiviti..balik dari sne mandi2 & tido  penuh lena sebab keletihan..Ptg pulak kami jln2 kat chalet berdekatan sambil cuci2 mata & relax..















]








Friday, October 19, 2012

Cheese Tart

Assalamualaikum , selamat petang semoga kita semua dikurniakan kesihatan baik & dipermudahkan segala hal..Amin.. sekejap betul masa berlalu, hari ini dh hari Jumaat ..pas tu weekend (mood happy)..yes yes...rasa letih sangat sepanjang minggu nie, nk kata bnyk keje tak jugak macam biasa je..cuma mood tu kurang sikit laa....apa2 pun kena relax...jgn stress2..tak baik utk kesihatan btul kan? Jadi jom kita tarik nafas tahan...(opps jgn tahan lama sangat).lepasss..lega rasanye, klau asyik stress semua benda ada je yg tak kena gaya..

Tapi sejak seminggu 2 nie..sebelah petang hujan kekadang ada petir....mungkin dh nk hujung tahu biasa fenoman hujan akan berlaku (ikut permerhatian wan lah)..dan beberapa negeri yg biasa di landa banjir mesti telah membuat persiapan bagi menghadapai keadaan tersebut..apa2 kita  berdoa mudah-mudahan kita dilindungi segala musibah.. okey ..berbalik pasal hujan bukan apa cuma  time hujan cam nie perut mula lah minta di isi..(sambil terbayang karipap  & kopi O panas..sedap sedap)dah jauh betul melalut nie..sebenar nye nk tayang cheese tart yg ari tu buat..nk mkn cheese cake x dpt..cheese tart pun ok la..cheese jugak kan...biasa la resepi ulang tayang sebelum nie pun dh pernah buat , Sini kali ni wan buat dua filling blueberry & strawbery resepi wan ambik kat blog Masam Manis..Pn Azlita..tq..mohan cnp kat sni ye

BLUEBERRY CHEESE TART
Masam Manis

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-Cara:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota: Jika guna telur Gred B, buag sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
                                                                                                                                                               
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.
 JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba

Wednesday, October 3, 2012

Biskut Oat Coklat Cip

Assalamualaikum selamat pagi , diharap kita semua sentiasa dikurniakan kesejahteraan..amin, tetiba perut ku berbunyi ..mintak diisi dlm makna lain LAPARRRR.....tapi lunch time lambat lagi...hehehhe nasib ada penyelamat nak tahu apa dia!...jwapan nya BISKUT..tapi bukan cream cracker tau..biskut oat ..sedap ..sekejap je kosong balang..kat rumah ank sedara pun suka..siap request buat lagi ..tunggu mak ngah free sikit ye..(mood malas)
idea nk buat biskut nie dtg bila tengok stock oat kat rumah banyk..klau nk mkn cam tu je confirm tak luak...takut expire pulak..dah membazir kan kan....
Resepi ni ambil dari MY Resepi...pada Mummy7857 tuan punya resepi tqvm...memang sedap dan rangup lagi..tu yg bila mkn tak tahu nk brenti..mohon cnp kat sni ya...Jom layan resepi...

My Resepi
Mummy7857

Bahan-bahan ( Dapat dalam 2 balang )

  • 1 cawan butter
  • 2 cawan tepung - tp mummy kurangkan tepung, lebihkan oat - wan pun sama
  • 1 sk baking soda
  • 1 cawan gula pasir halus - wan guna gula perang 2 cwn
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat -diblender halus
  • 12 oz coklat cip
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • 9 oz cadburry bar-diparut (kalau takde, gantikan dengan coklat rice/takde pun takpe) wan x letak
  • 1 cawan badam/gajus/hazel -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar - wan guna badam
  • 1 susu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Putar butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan butter tadi
  4. Masukkan coklat cip, cadburry bar dan kacang. Gaul rata
  5. Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit @ hingga masak 
  6. Selamat mencuba !

Tuesday, October 2, 2012

Butter Cake

assalamualaikum..selamat ptg dh lama tul tak jenguk blog almaklum tuan nya tak sihat, batuk &demam, ditambah pulak dgn kje yg banyak...tu yg sepi je blog nie..tapi alhamdulilah dh sihat...amin..
ari nie nk share resepi kek butter sdap .nyum nyum...klau mkn sepotong confirm nak makan lagi, kat umah nie semua suka mkn kek tapi adik yg no 3 tu lebih suka mkn kek butter dibandingkan dgn kek yg lain,
 dlm resepi kek nie ada letak raisin ..mengikut resepi klau nk buat kek butter tak payah letak..kebetulan raisin tak der stok..jadilah kek Butter
resepi nie dapat masa pegi kat blog Bisous A' Toi dan easybakes ...pada tuan punya resepi mohon cnp kat blog nie..senang nk buat rujukan klau salin kat kertas asyik hilang  je...kat sni senang sikit nak buat terus je pegi kat blog..tqvm


Ingredients:
5 Eggs
180 Sugar
200g Self Raising Flour, sifted
250g Butter, soften
1/2 teaspoon Vanilla Essence
80g Raisin, soaked to soften and dried (omit to make butter cake) (I soaked in orange juice & later coat them with some flour)

How to do it:
Grease baking tin.
Reheat oven at 170C
Beat butter and sugar till creamy and light.
Add egg one at a time and mix until well combined.
Add flour and fold in slowly.
Mix in vanilla essence and mix evenly.
Lastly add sultanas & fold just so.
Pour mixute into baking tin.
Bake in reheated oven for 45 - 50 minutes.
Remove and cool on rack

Source: http://myhouseholdcapers.blogspot.com


Monday, September 10, 2012

Biskut Suji Brunei

Biskut nie baru first time buat.. masa tengah buat listing biskut apa yang nk buat utk raya tahun nie  kak long dia kata nak cuba buat biskut suji , masa duk cari resepi nampak pulak kat Dapur Tanpa SempadanBlog HomeKreation ..terus copy resepi & buat..alhamdulilah sedap sangat . Biskut nie pun dah jadi kegemaran anak saudara..hari-hari usung balang biskut sampai bersih biskut yg tinggal paper cup je dlm balang biskut..jom kita layan resepi , pada tuan punya resepi & Che Mat terima kasih dan mohon cnp kat sni ya


BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram dan mungkin tidak habis).
  3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
  4. Biarkan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil, simpan dalam bekas kedap udara..
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh buat 1/2 dari resipi di atas. Dan untuk bahan salut tu, mat guna kurang lebih 3/4 cawan nestum kisar halus + 1/3 cawan susu tepung + 1 camca besar gula aising, gaul rata dan boleh guna untuk menyalut suji Brunei. Satu lagi nak pesan, kalau anda nak letak dalam paper cup macam mat buat tu, jangan gentel biskut terlalu besar, ini kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Ok tu saja, selamat mencuba...
 
 
.

Cornflakes Madu

Biskut nie kegemaran anak saudara kat rumah..sekejap je dah abis..sedap & mudah nk buat
resepi nie ambil kat My Resepi, pada Umi_e terima kasih & mohon cnp kat sini..

My Resepi
Umi_e

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )

  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
  • manik warna warni untuk hiasan - wan ganti dengan almond nibs

Cara-cara

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter 
  2. (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
  3. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup) 
  4. aduk sampai rata 
  5. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)

Biskut Raya - Biskut Dahlia

Assalamualaikum..dah nk abis raya pun..tapi baru sibuk nk tayang biskut raya ari tuu..Biskut Dahlia nie adik yg buat dia ikut resepi Che Mat - Dapur Tanpa Sempadan..biskut memang sedap rasanya..
tima kasih pada Che Mat yg sudi kongsi resepi , mohon cnp kat sni ya


Dapur Tanpa Sempadan
Che Mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) - wan guna buttercup
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


Wednesday, September 5, 2012

Baked Pasta

Assalamualaikum..selamat ptg..tetiba perut lapar pulak..adeh...adeh... teringat lak kat baked pasta yg buat ari tu...yum yum..buat guna makaroni je ..bertambah lapar pulak..
resepi nya wan dapat dari blog DapurKu SaYang ..ada step by step lagi senang nk faham..tak payah cerita panjang jom kita layan resepi..
pada Dayang mohon CnP kat sni ya..tima kasih banyak share resepi yg sedap nie...

DapurKu SaYang
Dayang Jack

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni  + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan) - wan guna makaroni
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju - wan guna cheesedale
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano - keju parut x der , guna cheesedale


Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.
 




Thursday, August 30, 2012

MERDEKA

Esok 31 Aug  adalah tarikh keramat dimana negara kita mencapai kemerdekaan ,yang ke 55 tahun
diharap negara kita akan kekal aman sentosa ..











Friday, August 24, 2012

Conney Dog

Kkdang mkn nasi hari2 pun tak larat jugak..jadi nk senang wan cuba buat Conney Dog (teringat masa mkn kat A&W masa tu...yum yum) biasala resepi wan cari kat Myresepi..jom layan resepi, pada tuan punya resepi Fidadaud... terima kasih banyak2 sebab kongsi resepi yg sedap nie...

Myrespi
Fidadaud

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter

Cara-cara

  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

sepatutnya roti dibelah  ditengah ..nie belah tepi pulak dah...

Selamat Hari Raya

 


Assalamualaikum..rasa nye belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya . Maaf Zahir & Batin  ,wan nie  tertinggal keretapi.. dh nk  dekat 1 minggu raya baru berkesempatan nk jenguk blog huhuhu. ..apa pun diharap gembira disamping keluarga & org tersayang..





Wednesday, August 15, 2012

Adam Mirza Solat

Adam Mirza partice solat






Terima Kasih Cheq Sue

Assalamualaikum..diharap semua sihat..mesti dh bnyk buat kuih raya nie kan..wan baru buat 2 jenis..
bila kat opis dh pikir nk buat biskut nie , biskut tu ,tapi ..lepas berbuka..nk tengok resepi pun x der mood..tu yg projek buat biskut raya asyik tertangguh je...

ari tu terima hadiah dari Cheq Sue..terima kasih ..dapt kad raya lagi , teh , magnet fridge & brooch bunga yg comel
terima kasih sekali lagi Cheq Sue..Kak nk ucapkan Selamat Hari Raya utk Cheq Sue & keluarga..



Wednesday, August 1, 2012

Tuesday, July 24, 2012

Juadah Berbuka Hari Pertama

Assalamualaikum..dah pikir ptg nie nk berbuka apa..wan kat opis nie..pikir jugak
tapi blik nnti cuma tolong kak long masak je..biasa Klong dh sediakan bahan2 jadi kita akan masak sama2.
puasa dh masuk hari ke -4 tapi wan sibuk nk post hari pertama punya cerita(almaklum la lepas berbuka ...) 
Utk menu hari Pertama kami buat laksam..wan pun ambil cuti jadi boleh la tolong membantu mana yg perlu.



Happy 32rd Birthday Giveaway - Cheq Sue


Assalamualaikum..selamat pagi..alhamdulilah sudah masuk hari ke 4 kita berpuasa ,
di bulan  puasa  nie nk buka blog ada malas sikit (time ari biasa pun sama jugak heheheh)
ok pagi tadi masa buka blog, nmpk pulak Cheq Sue punya blog ada buat GIVEAWAY
nk cuba la mana tahu ada rezeki..

Buat Cheq Sue yg akan menyambut Birthday tak lama..kak ucapkan Selamat Hari Lahir
Okey sapa2 yg nk join GA nie boleh klik Happy 32rd Birthday Giveaway

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan - Sweet Lizahanum Giveaway 2012


Assalamualaikum,,selamat pagi .Esok kita semua dh mula berpuasa.
Selamat menyambut bulan Ramadhan & semoga dikurniakan keberkatan insyallah..Amin

Ari nie wan nk cuba nasib nk join Giveaway nie..sje je mana tahu ada luck ...
wan tahu giveaway nie pun masa jenguk kat blog qasehqu quinnie..tqvm..quinnie..
jadi sapa yg nk join sila klik Sweet Lizahanum Giveaway
                    


Monday, July 16, 2012

Short Bread

Wan biasa klau kat tempt kje memang suka mkn biskut, tak kira la apa jenis biskut...
klau time lunch tu tak mkn nasi pun x pe..asal ada biskut ckup le (bukan diet tau..)
Biskut nie agak mudah & cepat tu yg laju je masuk dpur bancuh adunan buat biskut ..(mood rajin time ni)
Biskut nie rapuh & sedap..i like...
Terima kasih pada tuan punya resepi & mohon CnP kat sni ya...

My Resepi
Hanis

Bahan-bahan ( 26 keping )

  • 80 g butter tanpa garam
  • 100g tepung
  • 30g gula kasar

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit.
  3. Letakkan dalam plastik dan bentukkan segiempat 10cmx20cm. Simpan dalam peti ais selama sejam.
  4. Keluarkan dan potong sebesar lebih kurang 1.5cm lebar. Potong 2 bahagian panjang.
  5. Cucuk adunan dengan garfu sebagai corak.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 170 selama 20min.

Puteri Ayu

Assalamualaikum..selamat pagi
dh lama tak masuk blog..busy sikit..
PUTERI AYU ..bukan nama org ye..(semua org dh tahu kan ..sje je hehehe) wan suka mkn kuih nie ..tapi lom pernah buat biasa beli je..ari tu tetiba rajin la pulak nk buat..jadi on PC dan cari  kat My Resepi
masa nk buat tu takut jugak, mana la tahu tak jadi kan..tapi alhamdulilah jadi...
Pada tuan punya resepi mohon CnP ya, terima kasih kerana sudi kongsi resepi

My Resipi
Rossitamz

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Monday, June 18, 2012

Kek Buat Abah

Assalamualaikum, sempena hari bapa semalam, wan ada buat kek utk Abah..
kek nye wan guna tpg ready mix beli kat kedai baking..tapi deco nye wan refer kat blog RAHEL
suka wan tengok blog nie..  gambar2 yg cantik & menarik sekali
bile tengok deco yg rahel buat tu kemas  & cantik sekali tu yg wan pun bersemangat nk cuba buat..
ok lah wan nie tak pandai nk deco sangat..guna lak fresh cream , kejap2 masuk fridge elak cair heheheh
apa pun Tq rahel  kongsi idea cam ner nk deco..jom layan gambar hasil keras tangan ku ini...