Saturday, August 27, 2011

Cuti

Assalamualikum , alhamdulilah keje yg urgent telah dpt disiapkan, yg lain tu tunggu naik kje nnti
bercuti panjang sempena Hari raya yg akan tiba tak lama lagi, bnyk lagi tugas2 dirumah yg menanti..

Thursday, August 25, 2011

Roti Sosej Berkeju

Assalamualaikum, ari tu smpi rumah dah agak lambt , keluar opis kul 5 ambil kak long kat tempat kje , sampai umah pun kat kul 6.00 kelam kabut gak nk buat juadah berbuka , kak long masak Mee goreng, utk sampingan wan buat roti nie , sedap & simple ....Acu & ank sedara semua suka kecuali Adam Mirza sebab dia tak boleh rasa (lom cukup umo nk mkn ) sian Mirza..
Resepi nie wan dapat kat blog Kak Nor "SECUBIT GARAM" refer Sini TQ  ya kak..
Wan copy resepi   & mintak halal ye

ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
10kpg roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap
10kpg slice cheese
1 bj telur ~ dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara:
Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

Wednesday, August 24, 2011

Biskut Dahlia

Assalamualaikum ,mlm tadi sempat jugak mengukis .. cikut raya nie wan ambil dari dapur Cik Mat
wan memang suka mkn cikut nie..
alhamdulilah jadi tapi tak berapa cantik cam tuan punya resepi yg penting sdap.
boleh  refer resepi nye kat  SINI yaa, Wan mohon copy resepi nye Cik Mat

BISKUT DAHLIA- resepi Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.




mirza lepak2 kt bilik mak ngah & makcik sebelum g rumah nenek

Emmm... Adam Mirza


Mirza dalam buai..sebelum tidoo

Bsday Alif Adam (8 Aug)

 Bsday boy potong cake lepas buka puasa
Kek nie Aja yg beli

Monday, August 22, 2011

BAJU MELAYU ADAM MIRZA

Pagi tadi sebelum pergi keje sempat lagi test baju melayu yg Kak Long  beli utk Adam Mirza, sempat  tu berposing dgn baju melayu ...comel..

Biskut Bunga Cina & Sarang Semut

Assalamualaikum..
Hari nie badan cam nk demam je...seram sejuk , selsema & kepala pun sakit ni gara2 bersemangat nk wat cikut raya sabtu ari tuu..dpt gak la 2 jenis tu pun dari 3 ptg sampi kul 12 mlm mana tak nye ambil masa panjang, brake jap wat cikut raya sebab nk wat juadah berbuka puasa..lepas berbuka biasa la kemas mana yg patut..dan buat mana yg wajib
Adik wat cikut sarang semut , cikut bunga cina wan yg buat...tapi tak jadi bentuk bunga, jadi bentuk lain pulak..tunggu nnti masuk gmbar,resepi ni wan ambil dari My Resepi refer SINI dari Kak Nor 67
Terima kasih ya kak Nor

Biskut Bunga Cina
Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )
  • 100gm mentega/marjerin
  • 90gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi/kanji
  • ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara

  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
  8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..
Ini la rupanye....

Tag

Friday, August 19, 2011

Assalamualaikum

mlm nie insyallah start membuat cikut raya...harap2 plan jadi..
emmm..rasa nk wat Biskut Bunga Cina..

Thursday, August 18, 2011

Adam Mirza

Boring Day

Ari nie boring sangat2, tak tahu kenapa???
nasib baik keje 80% dh siap alhamdulilah..persiapan raya 1 pun belum buat
cikut raya lom start lagi, mana tak nye, lepas selesai sesi berbuka , mata pun mengantuk, badan letih huhuuh.