Monday, August 22, 2011

Biskut Bunga Cina & Sarang Semut

Assalamualaikum..
Hari nie badan cam nk demam je...seram sejuk , selsema & kepala pun sakit ni gara2 bersemangat nk wat cikut raya sabtu ari tuu..dpt gak la 2 jenis tu pun dari 3 ptg sampi kul 12 mlm mana tak nye ambil masa panjang, brake jap wat cikut raya sebab nk wat juadah berbuka puasa..lepas berbuka biasa la kemas mana yg patut..dan buat mana yg wajib
Adik wat cikut sarang semut , cikut bunga cina wan yg buat...tapi tak jadi bentuk bunga, jadi bentuk lain pulak..tunggu nnti masuk gmbar,resepi ni wan ambil dari My Resepi refer SINI dari Kak Nor 67
Terima kasih ya kak Nor

Biskut Bunga Cina
Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )
  • 100gm mentega/marjerin
  • 90gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi/kanji
  • ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara

  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
  8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..
Ini la rupanye....

Tag

No comments:

Post a Comment