Friday, October 19, 2012

Cheese Tart

Assalamualaikum , selamat petang semoga kita semua dikurniakan kesihatan baik & dipermudahkan segala hal..Amin.. sekejap betul masa berlalu, hari ini dh hari Jumaat ..pas tu weekend (mood happy)..yes yes...rasa letih sangat sepanjang minggu nie, nk kata bnyk keje tak jugak macam biasa je..cuma mood tu kurang sikit laa....apa2 pun kena relax...jgn stress2..tak baik utk kesihatan btul kan? Jadi jom kita tarik nafas tahan...(opps jgn tahan lama sangat).lepasss..lega rasanye, klau asyik stress semua benda ada je yg tak kena gaya..

Tapi sejak seminggu 2 nie..sebelah petang hujan kekadang ada petir....mungkin dh nk hujung tahu biasa fenoman hujan akan berlaku (ikut permerhatian wan lah)..dan beberapa negeri yg biasa di landa banjir mesti telah membuat persiapan bagi menghadapai keadaan tersebut..apa2 kita  berdoa mudah-mudahan kita dilindungi segala musibah.. okey ..berbalik pasal hujan bukan apa cuma  time hujan cam nie perut mula lah minta di isi..(sambil terbayang karipap  & kopi O panas..sedap sedap)dah jauh betul melalut nie..sebenar nye nk tayang cheese tart yg ari tu buat..nk mkn cheese cake x dpt..cheese tart pun ok la..cheese jugak kan...biasa la resepi ulang tayang sebelum nie pun dh pernah buat , Sini kali ni wan buat dua filling blueberry & strawbery resepi wan ambik kat blog Masam Manis..Pn Azlita..tq..mohan cnp kat sni ye

BLUEBERRY CHEESE TART
Masam Manis

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-Cara:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota: Jika guna telur Gred B, buag sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
                                                                                                                                                               
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.
 JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment