Monday, December 5, 2011

Oat Crips Cookies

Assalamualaikum..ptg2 cam nie klau dpt mkn cookies kena pulak dgn kopi @ white coffee emm mesti best..wan ada cuba 1 resepi cookies nie..masa tu ternampk kat blog Sky Blue's Kitchen & masam manis
kepada tuan punya resepi mohon c&p kat sini ya..TQ

Bahan-Bahan
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko 
1/2 sk serbuk penaik 
Kesemua bahan di atas di ayak
1/4 sk serbuk kulit kayu manis - wan tak letak 
1/4 sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
1/2 sk esen vanila
badam nips


Masukkan kesemua bahan yg diayak tadi dalam bekas.
Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
Masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit
Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
Potong atau terap dan letak atas dulang.
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit(saya bakar 18 minit) atau sehingga rangup.




 

No comments:

Post a Comment