Tuesday, September 27, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum selamat pagi semoga hari ini menjadi hari yg terbaik buat kita semua dan juga hari2 yg mendatang insyallah..minggu lepas agak sibuk sebab prepare utk jamuan mkn utk  kawan2 opis, jiran & yg sewaktu dengan nye sempena hari raya ,tapi sayang tak sempat pun nk snap gambar juadah hari tu, tuan rumah sekeluarga bz sangat..salah satu menu cream puff, pernah cuba sebelum tapi tak berapa menjadi, alhamdulilah kali nie menjadi jugak..resepi nie ambil dari myresepi refer SINI
resepi oleh Zaliana terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ya, jom layan resepi yg wan copy & paste nie ya

Cream Puff Jagung -

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
  • Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
  7. Cara-cara untuk inti
  8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
  9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

 

No comments:

Post a Comment