Tuesday, September 27, 2011

Crispy Onion Rings

Kat umah stock bawang besar memang banyak , dok pikir2 apa yg nk dikudap ptg2 ari , apa lagi pencarian resepi bermula, lepas satu resepi ke satu resepi yg lain..dpt dah..first kena check dulu ckup tak bahan2, semua ada so projek utk "Crispy Onion Ring" berjalan lancar, dari proses mengupas, menghiris (sambil mengalir air mata bukan sedih tapi pedih huhuhu)sampai la sesi ngap..sedapp...resepi diambil dari SINI
wan copy & paste resepi nye kat sni , tq ya kak Fida share resepi..

Crispy Onion Rings :- kak fida - myresepi

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 biji bawang besar
  • 7 sb tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk gula halus
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
  • 1/4 sk serbuk cili - wan tak letak
  • 1 biji telur
  • 125 ml susu segar
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..
  2. Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
  4. Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
  6. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

Nie lagi 1 resepi kentang yg nk dikongsi..kentang nie makan cam tu je dah sodap..tak yah mkn dgn nasi..
bahan2 nye mudah nk dpt, boleh tengok resepi kat SINI
jom kita intai2 resepi nye

Kentang Orak-Arik :- kh267tm - myresepi

Bahan-bahan ( utk 2 org makan )

  • 4 biji kentang
  • 2 biji telur besar
  • 2 btg daun sop
  • 2 btg daun bawang
  • 1/2-1 sdt serbuk lada putih
  • secukup bawang goreng
  • 2 sdm udang kering
  • 3 biji bawang putih

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan, dibelah dua , buboh sedikit garam dan direbus hingga empuk kemudian dikupas kulit nye dan dipotong kecil...ketepikan.
  2. kocok telur bersama garam , lada putih serbuk dan daun sop / bawang..ketepikan.
  3. tumbuk lumat udang kering dan bawang putih...panaskan minyak masak ,klau nk tambah 1 sdm minyak sapi pun boleh..tumis bahan tumbuk hingga garing.
  4. masukkan kentang dan gaul rata kemudian masukkan telur dan bawang goreng..kacau lagi hingga telur masak.
  5. bila dah mesra semua nye boleh la diangkat dan hidangkan... :)

Kentang

Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.nie wan copy dari SajiOnline, tapi wan nk share  resepi yg bukan saje cepat, mudah & ringkas biasa klu resepi buat time  kering idea nk masak pe...jom tengok resepi , biasa la wan memang rajin jalan2 kat myresepi terjumpa lak resepi nie refer myresepi

Sambal Kentang :-rahman bestari - myresepi

Bahan-bahan ( boleh ikut kreativiti dan citarasa masing2 )

  • 5 - 7 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 - 2 inci belacan - ditumbuk
  • 50 gm ikan bilis / udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 buku kiub ayam maggi / knorr
  • 3 sudu makan cili giling
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis
  • serbuk perasa (kalau perlu)

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
  2. Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau mengikut saiz kentang.
  3. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam maggi / knorr. Jangan terlalu empuk supaya tidak hancur.
  4. Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.
  5. Setelah selesai acara menggoreng, tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
  6. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat.
  7. * Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan menggunakan belacan yang sudah sedia berperisa masin.



Cream Puff

Assalamualaikum selamat pagi semoga hari ini menjadi hari yg terbaik buat kita semua dan juga hari2 yg mendatang insyallah..minggu lepas agak sibuk sebab prepare utk jamuan mkn utk  kawan2 opis, jiran & yg sewaktu dengan nye sempena hari raya ,tapi sayang tak sempat pun nk snap gambar juadah hari tu, tuan rumah sekeluarga bz sangat..salah satu menu cream puff, pernah cuba sebelum tapi tak berapa menjadi, alhamdulilah kali nie menjadi jugak..resepi nie ambil dari myresepi refer SINI
resepi oleh Zaliana terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ya, jom layan resepi yg wan copy & paste nie ya

Cream Puff Jagung -

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
  • Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
  7. Cara-cara untuk inti
  8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
  9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

 

Wednesday, September 21, 2011

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum, selamat pagi .. nk cerita sikit pasal cheese tart, dh lama nk cuba buat,tapi asyik tergendala je.. kebetulan kat rumah masih ada bal blueberry filling , resepi pun dah lama copy , resepi dari blog MASAM MANIS Puan Azlita, step by step lagi jadi bertambah mudah nk buat tima kasih ...
Apa lagi dengan penuh semangat nk cuba..dimulakan dengan Bismilah...oppss lupa resepi boleh refer Sini
Mohon copy resepi ya..

BLUEBERRY CHEESE TART -Masam Manis
 Bahan-Bahan:
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-Cara:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota: Jika guna telur Gred B, buag sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
                                                                                                                                                               
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.
 JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba


dah siap alhamdulilah jadi, cuma deco tu tak berapa cantik



Monday, September 19, 2011

Sandwich Fillet Ayam

Roti & daging ayam..hmmmm perut dah mula berbunyi mintak diisi nak mask nasi tak ada org kat rumah nnti membazir la pulak...tak baik..sambil melayan game kat laptop, pegi singgah kat blog Dapur Tanpa Sempadan sambil dok pikir nak makan apa & nak masak apa... klik punya klik hah dh jumpa resepi pun, apa lagi ambil kertas & pen salin resepi... boleh refer sini , mohon copy & kongsi resepi ye Cik Mat..
TQ
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping dada ayam saiz sederhana
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji telur, dipukul sedikit
Sedikit tepung gandum
Serbuk roti secukupnya (mat guna yang kaler kuning) - wan guna serbuk roti biasa             Minyak zaitun untuk menggoreng

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Roti sandwich secukupnya (2 keping sebab aku makan sorang2)
Daun salad - kobis je yg ada                                                                                                               Hirisan Timun                                                                                                                                           Sos Pilihan (mat guna Nando's hot peri-peri sauce)                                                                  
 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK FILLET AYAM :- Dada ayam tadi dilap kering, masukkan dalam plastik bersih dan ketuk sedikit biar leper. Kemudian lumur dengan bawang putih, serbuk lada hitam dan sedikit garam, perap 10 minit. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, anggaran 2-3 camca besar. Dada ayam tadi dilumur dengan tepung, kemudian celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Kalau nak salutan tebal, celup sekali lagi dalam telur dan salut lagi dengan serbuk roti. Kemudian goreng dalam kuali (non-stick pan), gunakan api kecil, hingga fillet ayam masak dan garing. Angkat dan letak atas paper towel.
  2. UNTUK SANDWICH FILLET AYAM :- Ambil sekeping roti, susun daun salad, kemudian timun dan tomato. Paipkan dengan sos pilihan dan kemudian letak fillet ayam atasnya, jika agak besar, anda boleh potong sedikit biar kemas, atau tak payah pun tak pe. Paip lagi sedikit sos pilihan atasnya, letak lagi sekeping roti, dan siap untuk hidangan...terutama kala lapar tahap naga macam mat gebu tadi..erkk...Selamat mencuba..

timun & tomato tak ada,kobis je yg ada..bersama sos cili


Ayam Pandan

Sesekali tukar selera, biasa ayam klau tak goreng, masak kari , lemak cili padi ke , kali cuba ayam pandan pulak, sedap ....biasa la resepi nie dpat masa jln2 cari resepi kat myresepi.com,  apa lagi stock ayam kat rumah tu ada..jadi mari kita layan resepi yg wan copy dari my resepi nie, tuan yg menyumbang resepi nie che'iza leh refer Sini ya...TQ

AYAM PANDAN :- che'iza myresepi

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  3. Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  4. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  7. Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

tak berapa reti nk balut ayam dgn daun pandan, puas cuba last2 tu la jadi nye

Biskut Kacang

Biskut nie favourite adik yg bongsu , tiap2 tahun mesti buat..lagipun biskut nie senang , bahan2 pun mudah
resepi nie wan amik dari buku resepi kat umah, tak tahu lak asal dari mana resepi nie..

Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum, raya ari tu first time buat biskut nie, sebab tengok komen2 kat my resepi.com tu semua kata sedap tu yg bersemangat nk cuba buat, dlm resepi nie wan tmbah almond nibs & sunflower seed ,resepi dari Syari boleh refer sini
wan copy paste resepi kat sni..tq Syari

Famous Amos Ccocolate Chip Cookies -syari myresepi

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan padat gula perang *
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract

Cara-cara

  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Thursday, September 15, 2011

Kak Long & Family

Kak Long & Family

Cornflakes madu warna warni

Cornflakes nie adik yg buat, mudah & sedap, wan ambil resepi nie dari My Resepi SINI
resepi nie dari Umi_e, tima kasih ya..

CORNFLAKES MADU WARNA WARNI
Umi_e myresepi

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )

  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
  • manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
  3. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
  4. aduk sampai rata
  5. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau

Hias dgn badam & manik warna warni


Adam Mirza & Abg Alif Adam

Mirza dgn Abg Alif Adam

Adam Mirza








Monday, September 12, 2011

Biskut Sarang Semut

Bila buat biskut sarang semut teringat lak buku resepi zaman lama(zaman masa kitaorng kecik2, dlu arwah mak rajin suruh kita adik-beradik salin resepi ..,masa nie adik masih sekolah rendah , klau tak silap nie copy dari majalah @  copy dari Cik TI jiran sebelah umah yg mahir buat biskut,kek & kuih2..
sebab dah lama sangat buku resepi nie pun dh berkecai satu2...hehehheh, Insyallah nnti kongsikan resepi Sarang Semut , resepi nie mintak dgn jiran gak Cik Sal namanye...TQ cik Sal tiap2 tahun memang buat ikut resepi nie..Tapi biasa biskut nie adik yg buat..


Tajuk Resepi ....

Gambar menunjukkan semut sedang mencari gula

Rice Bubble Chocolate Crackles

As salam, ar nie nk kongi resepi Rice Bubble, resepi nie ambil dari My resepi  SINI
Resepi nie mudah & sedap..Jom kita semak resepi yg wan copy nie ya..

RICE BUBBLE CHOCOLATE CRACKLES
nfatienr - myresepi

Bahan-bahan ( 100biji )

  • 200g Rice bubble / Bertih beras
  • 250g Coklat masakan
  • 1/2 cawan Badam / Kekacang
  • 1/2 cawan Kismis / Buah kering
  • Papercup secukupnya
  • Coklat masakan putih utk hiasan

Cara-cara

  1. Cairkan coklat masakan menggunakan cara double boiler.
  2. Apabila coklat sudah cair, masukkan rice bubble, kekacang dan kismis. Kacau sehingga sekata. Tips: Masukkan rice bubble sedikit demi sedikit agar adunan tidak kekurangan coklat. Adunan hendaklah boleh dikepal dan disatukan. Tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering.
  3. Sudukan adunan ke dalam papercup dan hias dengan contengan coklat putih yg telah dicairkan atau boleh juga ditabur manik-manik berwarna.
  4. Biarkan seketika untuk adunan keras dan bersatu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Album Raya

 Bergambar di pagi raya selepas sesi mohon maaf



Along & Husband

Along & Family , time ini Mirza tengah tido tu yg tak ada dlm gambar,yg baju kuning & biru tu tumpang je ..hehhhe,



Mirza Blik Kg - Raya Ke 2

Raya Ke 2 Blik kg jumpa Wan..(Kg Baris Spg Pelangai),kami balik dgn 2 buah kete, along sekeluarga, biasala  mak ngah ,makcik,pakcik & acu 1 kete, Mirza join sama...


Mirza with Mak Ngah & Makcik

Monday, September 5, 2011

Kek Bsday

Kek Bsday nie order by Azim (acu punya kawan ) utk dia punya  Kekasih Hati,
jgn marah azim , angah gurau je, ini la hasil along & angah bila bergabung hehhehhe...

Cup Cake

Order dari Cik Sal jiran sebelah rumah


























Saturday, September 3, 2011

Dah mula kerja

Assalamualaikum, ari ni dah mula kerja, malas  rasanye memandangkan dah lama bercuti,tapi bila dh sampai kat tempat keje , tengok keje yg pending huhuhuhu, apalagi kena siapkan gak...