Wednesday, January 4, 2012

Nasi Goreng Udang Kering

Ari tu cuba buat resepi (hentam sje) bahan2 yg ada kat umah  limited..ada lebihan nasi semlam..so jadi la nasi goreng udang kering berapi..pedassss ..mkn laju gak walapun pedas hehehehe

Nasi Goreng Udang Kering
Bahan:-
  • 2 cawan nasi
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawng besar (bersaiz kecil)
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 sudu makan udang kering @ lebih (terpulang mengikut selera masing2)
  • Sedikit carrot & kacang panjang dipotong dadu 
  • Minyak utk menumis
  • 1 biji telur

Cara2:-
  • udang kering basuh & rendam seketika
  • bawang putih , bawang besar & cili padi ditumbuk (time rajin nie , klau tak kisar je)
  • masukkan udang kering dlm bahan2 tadi tumbuk hingga lumat
  • panaskan minyak kemudian masukkan bahan2 yg ditumbuk hingga naik bau sambil mengacau2
  • kemudian perasakan garam secukupnya
  • masukkan carrot & kacang panjang gaul rata kemudia masukkan telur biar seketika & kacau
  • last masukkan nasi kacau hingga sekata..siap

Tuesday, January 3, 2012

1 jan 2012

Walupun tak sihat , tapi sempat gak masak  bfst & lunch msk yg simple jee, lagi pn kat rumah tak ramai kaklong & family g umah MIL so kt umah nie tinggal beberapa org, tu yg masak yg mudah2 (huhuuh sebab malas)opss bukan cuma kurang rajin je...hehehehhh sama lah tuuu
utk bfst menu garlic bread & sup kentang , lunch pulak ayam kicap (senang & mudah)& ayam butter (ayam butter resepi hentam sje ) jom layan resepi, pada yg empunya resepi mohon cnp kat sni tima kasih...

Garlic bread
Bahan:-
1. Beberapa keping roti - guna gardenia
2. 3 ulas bawang putih - dicincang
3. 3 sudu mkn butter
4. Sedikit parsely kering

cara-cara:-
1.campurkn bawang putih yg dicincang kedalam butter , gaul rata
2.taburkan sedikit daun parsely kering  - gaul rata
3.sapukan pada roti kemudian bakar hingga keperangan

Sup Kentang(ini versi mengikut bahan yg ada kat dapur)
Bahan:-
1.2 biji kentang- dipotong 4 & rebus hingga empuk
2.1 btg leek dipotong kecil
3.1/2 cup susu segar
3.Sdikit serbuk lada sulah & lada hitam
4.Sedikit parsely kering

cara:-
1.masukan susu kedalam periuk dengan menggunakn api perlahan
2.kemudian masukkan kentang & leek kacau hingga didih
3.letak serbuk lada sulah & lada hitam, jgn lupa garam secukup rasa
4.setelah didih ketang ditekan2 supaya hancur - agak2 je
5.masak sehingga kuah jadi agak pekat.
6.Angkat & hidangkan bersama roti ..

Leeks And Potato Soup
My Resipi - Cindaibiru

Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 250g kentang- dipotong dadu
  • 2 btg leek- hiris sederhana nipis
  • 25g butter
  • 1 kiub sayuran
  • 1 sdt dried mixed herb
  • 300ml susu segar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Daun parsley (Jika Suka)
  • 1 cwn air panas

Cara-cara

  1. Cuci kentang dan leek, masukkan dlm periuk bersama butter, masak dgn api yg kecil.
  2. Bila butter mula cair, tutup periuk.
  3. Sekali sekala goncang-goncangkan periuk tanpa buka penutupnya. Untuk elakkan sayur melekat.
  4. Biarkan dalam 10 min. Selepas tu masukkan susu kacau sebati. Campur air panas dgn kiub sayur dan tuang dlm sup.
  5. Masukkan juga mixed herb, garam dan serbuk lada hitam.
  6. Besarkan api kacau hingga mendidih dan sayur empuk.
  7. Tabur parsley yang dicincang halus semasa menghidang (Jika Suka).



Ayam Butter

Ayam Butter
Bahan:-
1.sekeping dada ayam - bersihkan & potong kecil
2.1/2 kuib ayam
3.2 sudu mkn tpg beras
3.3 sudu mkn tpg
4.sedikit serbuk lada sulah
5.minyak unutk menggoreng
6.2 sudu mkn butter
7.2 tngkai daun kari - diracik halus
8.1 biji cili padi - dipotong kecil
9.susu cair +- 5 sudu mkn

cara:-
1.ayam yg telah dibersihan ditos biar kering
2.hancurkan kuib ayam tabur & gaul rata pada ayam biarkan seketika
3.masukkan tpg beras & tpg kedlm ayam & gaul rata - biar sekejap
4.goreng ayam hingga masak tak perlu sampi garing - angkat & tos
5.panaskan kuali kemudia masukkan butter - hingga butter cair
6.kemudian masukkan daun kari & cili padi tumis hingga naik bau
7.masukkan susu cair kacau rata  ..letak garam secukup rasa
8.masukkan ayam tadi & gaul hingga rata.. siap..

Ayam Kicap

Ayam Kicap
Bahan:-
1.7 ketul ayam dibersihkan
2.Sedikit kunyit serbuk & garam
3.4 biji cili padi -dipotong kecil( letak lebih sebab suka mkn pedas)
4.2 biji bawang besar- dipotong bulat
3.1 inci halia- dipotong
4.Kicap manis & masin
5.Minyak utk menggoreng

Cara:-
1.ayam digaul bersama serbuk kunyit & garam
2.goreng hingga masak (setelah siap ketepikan)
3.panaskan kuali ambil sedikit minyak lebih menggoreng tadi,
   kemudian tumis bahan2 seperti bawang ,cili padi & halia hingga naik bau & layu sedikit
4.masukkan pula ayam gaul bersama bahan tadi sehingga sekata
5.masukkan kicap manis & masin ikut selera masing2 & secukup rasa
6.letak air sikit supaya berkuah & kacau  .siap (air tepulang nk letak @ tak..wan suka yg berkuah sikit)


 

Hasil Keras tangan




Jalan2

Pas balik keje ..siap2 nk kuar, kebetulan kaklong keja sampai ptg, kali ni kena bawak sekali Adam mirza..
kami pergi berlima Aja , Ura , Aliah, Mirza & me..kita g Jusco Bukit Indah je..boleh tahan ramai gak org..
tak shopping pun cuma bawak mirza & aliah jln2 je..


Adam Mirza & Makcik



Mirza & Aliah








Monday, January 2, 2012

MC

Assalamulaikum..diharap semua sihat, hari nie g kje tak berapa semangat walaupn tahun 2012 baru je bermula..mana tak nye dari minggu lepas lagi batuk2, sakit tekak, demam tapi masih boleh bertahan fuuhh..
ari nie dh tak bolh bertahan lagi..g klinik dpt MC tapi kat opis tak der org cam ne niee...officemate cuti sebab dia kena g KL (head office).. tengok keadaan kalu boleh smpi ptg, klau tak kul 2-3 blik..