Showing posts with label kudapan. Show all posts
Showing posts with label kudapan. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Pop Corn Home Made

Assalamualaikum, dh lunch...alhamdulilah..dah ari khamis rupanya cepat betul masa berlalu..kejam celik kejam celik..dh nk hujung bulan..gaji time hehhehe..bukan tu sje keje2 mesti  nk disiapkan jugak....tak gitu..
selalu nye mkn pop corn time tengok wayang je..kat rumah lom prnah cuba buat..kebetulan masa tu ada beli jagung kering..tu yg nk cuba nie..biasa la resepi nye ambil kat My Resepi..
Tq pada tuan punya resepi  mohon CnP kat snie yee..jom layannn resepi.....

My Resepi
Sofinar

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • 1/2 cwn jagung kering
  • 2 sudu besar magerin
  • 2 sudu makan gula

Cara-cara

  1. masak jagung kering dengan api kecil, tutup periuk
  2. dalam masa tak sampai 5 minit anda akan dengar bunyi pop pop pop pop pop......., tunggu hingga pop corn semua pecah, ada la sikit2 yang tak pecah
  3. mask gula dalam periuk lain, bila gula cair masukkan pula mentega, bila mentega cair masukkan popcorn dan gaul rata
  4. kawan2 ni cara chemah, saya betulkan kat sini sebab saya lebih berpuas hati dgn cara ini, tq che mah

Ini la hasil nye..yum yum sedap

Thursday, February 9, 2012

As salam

As salam bertemu kembali, setelah sekian lama menyepi diri, bukan apa..lepas  CNY  ari tu internet ada problem sikit lepas tu pulak ada sikit keje yg nk disiapkan ditambah++ pulak dgn penyakit M(_)L(_)S (Malas) melanda diriku ini...tu yg lama tak menjenguk blog.. ok ari nie nk share sejenis kerepek, bukan kerepek ubi @ pisang ..kerepek arrowhead , biasanya time CNY bnyk dijual dipasaraya..time tu tengah rajin & kemaruk nk mkn apa lagi, mlm2 pun sanggup bersengkang mata hehhehheh...
Pada tuan punya resepi tima kasih & mohon  C n P kat sni ye..

Resepi Kerepek China Arrowhead
My Resepi - Azwalissa

Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar )

  • 1 kg Ubi Arrowhead
  • Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.
  2. Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
  3. Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.

tak letak apa2 perasa

Tuesday, September 27, 2011

Crispy Onion Rings

Kat umah stock bawang besar memang banyak , dok pikir2 apa yg nk dikudap ptg2 ari , apa lagi pencarian resepi bermula, lepas satu resepi ke satu resepi yg lain..dpt dah..first kena check dulu ckup tak bahan2, semua ada so projek utk "Crispy Onion Ring" berjalan lancar, dari proses mengupas, menghiris (sambil mengalir air mata bukan sedih tapi pedih huhuhu)sampai la sesi ngap..sedapp...resepi diambil dari SINI
wan copy & paste resepi nye kat sni , tq ya kak Fida share resepi..

Crispy Onion Rings :- kak fida - myresepi

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 biji bawang besar
  • 7 sb tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk gula halus
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
  • 1/4 sk serbuk cili - wan tak letak
  • 1 biji telur
  • 125 ml susu segar
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..
  2. Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
  4. Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
  6. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.