Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Conney Dog

Kkdang mkn nasi hari2 pun tak larat jugak..jadi nk senang wan cuba buat Conney Dog (teringat masa mkn kat A&W masa tu...yum yum) biasala resepi wan cari kat Myresepi..jom layan resepi, pada tuan punya resepi Fidadaud... terima kasih banyak2 sebab kongsi resepi yg sedap nie...

Myrespi
Fidadaud

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter

Cara-cara

  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

sepatutnya roti dibelah  ditengah ..nie belah tepi pulak dah...

Monday, December 5, 2011

Puri

Sesekali nk cuba bfst dgn menu lain sikit..ari tu wan cuba buat puri..alhamduliah, jadi..
Puri ni mkn kentang masala...sedap.Jom layan resepi Sini, Mohon c&p disini ye..tima kasih..


Myresepi- yatiezaini

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air
  • Minyak utk mengoreng

Cara-cara

  1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
  2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
  3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
  7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
  8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
  9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
  10. masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

Monday, September 19, 2011

Sandwich Fillet Ayam

Roti & daging ayam..hmmmm perut dah mula berbunyi mintak diisi nak mask nasi tak ada org kat rumah nnti membazir la pulak...tak baik..sambil melayan game kat laptop, pegi singgah kat blog Dapur Tanpa Sempadan sambil dok pikir nak makan apa & nak masak apa... klik punya klik hah dh jumpa resepi pun, apa lagi ambil kertas & pen salin resepi... boleh refer sini , mohon copy & kongsi resepi ye Cik Mat..
TQ
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping dada ayam saiz sederhana
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji telur, dipukul sedikit
Sedikit tepung gandum
Serbuk roti secukupnya (mat guna yang kaler kuning) - wan guna serbuk roti biasa             Minyak zaitun untuk menggoreng

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Roti sandwich secukupnya (2 keping sebab aku makan sorang2)
Daun salad - kobis je yg ada                                                                                                               Hirisan Timun                                                                                                                                           Sos Pilihan (mat guna Nando's hot peri-peri sauce)                                                                  
 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK FILLET AYAM :- Dada ayam tadi dilap kering, masukkan dalam plastik bersih dan ketuk sedikit biar leper. Kemudian lumur dengan bawang putih, serbuk lada hitam dan sedikit garam, perap 10 minit. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, anggaran 2-3 camca besar. Dada ayam tadi dilumur dengan tepung, kemudian celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Kalau nak salutan tebal, celup sekali lagi dalam telur dan salut lagi dengan serbuk roti. Kemudian goreng dalam kuali (non-stick pan), gunakan api kecil, hingga fillet ayam masak dan garing. Angkat dan letak atas paper towel.
  2. UNTUK SANDWICH FILLET AYAM :- Ambil sekeping roti, susun daun salad, kemudian timun dan tomato. Paipkan dengan sos pilihan dan kemudian letak fillet ayam atasnya, jika agak besar, anda boleh potong sedikit biar kemas, atau tak payah pun tak pe. Paip lagi sedikit sos pilihan atasnya, letak lagi sekeping roti, dan siap untuk hidangan...terutama kala lapar tahap naga macam mat gebu tadi..erkk...Selamat mencuba..

timun & tomato tak ada,kobis je yg ada..bersama sos cili


Thursday, August 25, 2011

Roti Sosej Berkeju

Assalamualaikum, ari tu smpi rumah dah agak lambt , keluar opis kul 5 ambil kak long kat tempat kje , sampai umah pun kat kul 6.00 kelam kabut gak nk buat juadah berbuka , kak long masak Mee goreng, utk sampingan wan buat roti nie , sedap & simple ....Acu & ank sedara semua suka kecuali Adam Mirza sebab dia tak boleh rasa (lom cukup umo nk mkn ) sian Mirza..
Resepi nie wan dapat kat blog Kak Nor "SECUBIT GARAM" refer Sini TQ  ya kak..
Wan copy resepi   & mintak halal ye

ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
10kpg roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap
10kpg slice cheese
1 bj telur ~ dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara:
Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.