Thursday, February 16, 2012

M(_)(_)D

Assalamualaikum(entry tertangguh sebab dengar berita nie) , selamat  pagi M(_)(_)D pagi nie tak berapa okey, bukan sje lambat smpi opis, dh lambat 1 hal, tup tup sampai opis dengar lak berita yg kurang baik (bad news to me or may be good news for my  bos  heheheh) Boss kena trnsfer kat tmp lain, berita nie dh dengar dari last week tapi cam tak confirm, so wat tak tahu je la..nk wat cam ne dh BOSS BESAR suruh , terpaksa la ikuttt...CONFIRM dh boss kena transfer jugak,..

Adam Mirza & Songkok

Guna songkok Abg Alif

Friday, February 10, 2012

Danish Butter Cookies

ulang tayang resepi..pernah buat sebelum nie, kli nie buat ubah  betuk lain je..sedap cikut nie..
boleh refer SINI..resepi Kak Fida My Resepi



Coffee Streusel Slice

As salam , dh lunch ke?? ari nie lunch with white coffee je...nk mkn tak der selera huhuhu.(nk diet sikit dh over weight nie..huhuhuhu) lupakn jap pasal diet ari tu ada buat cookies nie..COFFEE STREUSEL SLICE.. resepi nie masa berjalan2 kat blog Sky Blue's Kitchen sebenarnya dh lama copy resepi nie, tapi kali nie baru sempat nk buat, sedap, ank2sedara & adik suka makan.. buat Diana  & tuan punya resepi (Agnes Chang_1 can bake)  tima kasih sebab share resepi , Diana siap tunjuk step by step lagi...kak mohon C n P kat sini ye...tqvm..jom layan resepi nie


Coffee Streusel Slice

Bhn² Lapisan Bawah
250 gm mentega
120 gm gula kastor
1 biji telur ( bersaiz kecil )
1 tsp esen vanilla
450 gm tepung gandum _ d ayak

Bhn² Lapisan Tengah
1 tin kecil susu pekat manis
60 gm mentega
4 tbsp golden syrup
1 tbsp instant coffee _ ( Diana guna Nescafe )-wan pun guna nes
1/2 tsp coffee paste _ ( Diana tak bubuh )-wan pun tak letak

Bhn² Lapisan Atas
120 gm mentega
60 gm gula kastor
240 gm tepung gandum _ d ayak
100 gm walnut _ d cincang
Cara² Untuk Lapisan Bawah
  1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga ringan dan gebu.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.. Pukul lagi sebati.
  3. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 30 cm /12 inci yang telah d sapu dengan sedikit mentega dan d tabur dengan sedikit tepung.
  5. Tekan adunan dengan padat dan cucuk dengan garpu.
  6. Bakar d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 190°C selama 20 - 25 minit atau sehingga keperangan.
  7. Angkat. 
Cara² Untuk Lapisan Tengah 
  1. Sementara menunggu lapisan bawah masak.. Boleh ler kita menyediakan lapisan seterusnya yer.
  2. Masukkan kesemua bahan lapisan tengah ke dalam periuk.. Masak sehingga pekat d atas api sederhana. 
  3. Angkat dan tuang d atas lapisan bawah yang telah d bakar tadi. 
  4. Ratakan dan ketepikan.
Cara² Untuk Lapisan Atas
  1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan walnut cincang.. Gaul hingga sebati.
  3. Taburkan d atas lapisan tengah tadi dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan.
  4. Angkat dan potong semasa ianya masih suam panas.
  5. Tapi Diana biarkan ianya sejuk terlebih dahulu.. baru ler Diana potong.
  6. Setelah sejuk sepenuhnya.. boleh ler d simpan d dalam balang.


Thursday, February 9, 2012

As salam

As salam bertemu kembali, setelah sekian lama menyepi diri, bukan apa..lepas  CNY  ari tu internet ada problem sikit lepas tu pulak ada sikit keje yg nk disiapkan ditambah++ pulak dgn penyakit M(_)L(_)S (Malas) melanda diriku ini...tu yg lama tak menjenguk blog.. ok ari nie nk share sejenis kerepek, bukan kerepek ubi @ pisang ..kerepek arrowhead , biasanya time CNY bnyk dijual dipasaraya..time tu tengah rajin & kemaruk nk mkn apa lagi, mlm2 pun sanggup bersengkang mata hehhehheh...
Pada tuan punya resepi tima kasih & mohon  C n P kat sni ye..

Resepi Kerepek China Arrowhead
My Resepi - Azwalissa

Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar )

  • 1 kg Ubi Arrowhead
  • Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.
  2. Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
  3. Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.

tak letak apa2 perasa