Friday, February 10, 2012

Coffee Streusel Slice

As salam , dh lunch ke?? ari nie lunch with white coffee je...nk mkn tak der selera huhuhu.(nk diet sikit dh over weight nie..huhuhuhu) lupakn jap pasal diet ari tu ada buat cookies nie..COFFEE STREUSEL SLICE.. resepi nie masa berjalan2 kat blog Sky Blue's Kitchen sebenarnya dh lama copy resepi nie, tapi kali nie baru sempat nk buat, sedap, ank2sedara & adik suka makan.. buat Diana  & tuan punya resepi (Agnes Chang_1 can bake)  tima kasih sebab share resepi , Diana siap tunjuk step by step lagi...kak mohon C n P kat sini ye...tqvm..jom layan resepi nie


Coffee Streusel Slice

Bhn² Lapisan Bawah
250 gm mentega
120 gm gula kastor
1 biji telur ( bersaiz kecil )
1 tsp esen vanilla
450 gm tepung gandum _ d ayak

Bhn² Lapisan Tengah
1 tin kecil susu pekat manis
60 gm mentega
4 tbsp golden syrup
1 tbsp instant coffee _ ( Diana guna Nescafe )-wan pun guna nes
1/2 tsp coffee paste _ ( Diana tak bubuh )-wan pun tak letak

Bhn² Lapisan Atas
120 gm mentega
60 gm gula kastor
240 gm tepung gandum _ d ayak
100 gm walnut _ d cincang
Cara² Untuk Lapisan Bawah
  1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga ringan dan gebu.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.. Pukul lagi sebati.
  3. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 30 cm /12 inci yang telah d sapu dengan sedikit mentega dan d tabur dengan sedikit tepung.
  5. Tekan adunan dengan padat dan cucuk dengan garpu.
  6. Bakar d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 190°C selama 20 - 25 minit atau sehingga keperangan.
  7. Angkat. 
Cara² Untuk Lapisan Tengah 
  1. Sementara menunggu lapisan bawah masak.. Boleh ler kita menyediakan lapisan seterusnya yer.
  2. Masukkan kesemua bahan lapisan tengah ke dalam periuk.. Masak sehingga pekat d atas api sederhana. 
  3. Angkat dan tuang d atas lapisan bawah yang telah d bakar tadi. 
  4. Ratakan dan ketepikan.
Cara² Untuk Lapisan Atas
  1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan walnut cincang.. Gaul hingga sebati.
  3. Taburkan d atas lapisan tengah tadi dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan.
  4. Angkat dan potong semasa ianya masih suam panas.
  5. Tapi Diana biarkan ianya sejuk terlebih dahulu.. baru ler Diana potong.
  6. Setelah sejuk sepenuhnya.. boleh ler d simpan d dalam balang.


2 comments:

  1. Replies
    1. waalaikumsalam, suka kak tengok blog Diana , hari2 mesti nk jenguk tengok resepi yg boleh di cuba..Tq Diana

      Delete