Thursday, November 17, 2011

Danish Butter Cookies

assalamualaikum...lunch time ..tapi tak tahu la nk mkn apa..biskut lagi laa...senang & cepat ..keyang jugak...citer pasal biskut ari tu wan ada cuba buat cookies nie..sedap..resepi biasa  refer Disini
Jom layan resepi..tak rugi cuba resepi nie.... mohon C&P kat sni ya...TQ

 

 

Myresepi - Kak Fida

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

  • 125 g mentega (1/2 buku)
  • 45 g gula icing (1/3 cwn)
  • 140 g tepung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
  • 1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
  • 1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
  • choc chips atau kismis - utk hiasan
  • gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara

  1. Putar mentega dan gula icing hingga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan.
  4. Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.
  5. Danish Butter Cookies...bentuk asal doh yang dipicit....

No comments:

Post a Comment