Thursday, October 27, 2011

Assalamualaikum


Adam Mirza dh siap mandi pas ni nk kuar jln2


sampai bedak muka pun tak sempat hehheh


marah sebab dh siap2 tapi tak kuar pegi jalan2....
 



Monday, October 24, 2011

09.10.10 Adam Mirza

09.10.10 opssss  09.10.11 genap umur Adam Mirza  1 tahun , Mirza dpt hadiah sepasang selipar ke kasut ehh ..hehhh  tak kisah la warna merah...walaupun Mirza lum pandai nk guna ...

Cekodok Bangi

Time lunch cam nie teringat lak jemput2 yg dibuat aritu resepi nie wan dpt dari dapur ibundo
try buat sebab ada kelainan dari resepi biasa, mohon cnp resepi nie ya..& terima kasih ....
Mari kita tengok bahan2 utk resepi nie...

Bahan-Bahan
2 1/2  cawan tepung gandum
2 biji ubi kentang sederhana besar di parut halus
1 batang carrot sederhana besar diparut halus
1 tangkai daun sup dihiris halus
2 helai daun bawang dihiris halus
2 sudu penuh majerin (penuh maknanya bila kita kaut majerin tu satu sudu, tak payah diratakan)
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk stok ayam
garam secukup rasa
segenggam ikan bilis (kalau genggam korang kecik sangat, lebihkan) *
1 bijji bawang besar yang sederhana saja besarnya *
1-2 biji cili merah *
1 cawan nasi sejuk*

Cara-cara
Blender bahan yang bertanda * ditambah dengan sedikit air.  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Tambah air secukupnya, tidak terlampau cair dan tidak terlampau pekat. Kacau terus dalam dua minit.
Panaskan minyak dan sudukan batter ke dalam minyak yang panas di atas api perlahan sehingga kekuningan.
Sedia untuk dimakan dicicah dengan sos cili atau ngap dengan cili api.



Tuesday, October 18, 2011

Sabah

Sabah negeri di bawah bayu pertama kali menjejak kan kaki , pada tahun 2008 kot tak ingat lama dah, masa tu hantar adik sambung belajar kat UMS ,pegi dgn abah, kami bertiga je yg pegi ...
Kali ke2 pegi 2009 dgn Aja & Ura masa tu adik cuti semester..jadi kita pegi bertiga & balik berempat, sempat jugak jln2 kat Sabah, oleh kerana adik tak berapa biasa jln sekitar Sabah, jadi Raga (kawan sekuliah adik) yg menemani sepanjang kami disana..Terima kasih ye Raga bawak akak2 nie jln2 & melayan kerenah kami semua.... memang best , insyallah klau ada rezeki kami akan pergi lagii....





Monday, October 17, 2011

Kerabu Mangga

Assalamualaikum, selamat pagi , ari tu bos ada kasi mangga muda , 1 plastik bnyk jugak la dekat2 10 biji, biasa kat umah klau tak buat jeruk kita akan makan cicah dgn kicap + gula+cili padi + sedikit belacan fuhhh memang sedap, tapi klau nie nk cuba lak buat Kerabu mangga , biasa mkn kat kedai jee..Resepi ni dpt dari my resepi dari Joyee...Sedap wan letak bnyk cili padi..walaupun pedas tetap berselera...
Terima kasih kongsi resepi ,wan cnp kat sni ye..jom kita tengok resepi niee..


Kerabu Mangga

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 350g isi mangga muda
  • 4 tbs udang kering-goreng tanpa minyak, blend kering sampai hancur
  • cili secukupnya
  • 2 tbs kacang tumbuk
  • 1 biji limau nipis-ambil kulit hijau, potong nipis2 (nie wan tak letak )
  • sedikit cuka-kalau mangga tak masam
  • garam+gula +perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan, gaul rata2.
  2. Bila nak makan baru taruk kacang tumbuk.

letak lebih kacang

Wednesday, October 12, 2011

Tiramisu

Cream Cheese stock masih ada kat dlm peti ais, nk buat apa ekk...biasa la klau 1 ari tak jenguk  my resepi tu cam ada yg kurang je  hehehe...emm jumpa resepi nye ..salin resepi & terus masuk dapur. 1.2 & 3 start ...boleh refer my resepi ..thank umi_e sudi kongsi resepi , mohon share ya..

Tiramisu -My Resepi :- Umi_e

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (guna biskut marie je)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Rubies Delights

Keadaan cuaca kat luar sana cerah alhamdulilah harap sampai ke petang al maklum sejak 2-3 ari lepas hujan jadi stok kain lembab bertambah la kat umah, sebelum ke tempat kerja pagi tadi sempat la menyidai pakaian yg dah siap dibasuh malam tadi, oppss bukan nk citer pasal kain tapi nk kongsi 1 resepi klau time cuaca panas memang best ..nie wan dpt dari my resepi  . Resepi ni dikongsi oleh En Mat Gebu, tima kasih ya En Mat..mohon copy & share resepi nie ya.....mari kita lihat resepi nye

Rubies Delight -My Resepi :-En Mat Gebu

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 biji sengkuang (kurang lebih 300 g)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air
  • 200 g gula pasir*
  • 500 ml air*
  • 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
  • 250 ml santan pekat + secubit garam
  • Ais hancur secukupnya
Cara-cara
  1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.
  2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan
  3. Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.
  4. Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan santan. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.

buat 2 warna hijau & merah

Chicken Corn Soup

Assalamualaikum selamat pagi, jam baru menunjukan pukul 11.38 pagi, tapi perut nie dah berbunyi mintak diisi hehhe , tadi pagi bfast roti & teh ..kebetulan masa tu wan ada cuba 1 resepi..emmm resepi ni wan dapt kat blog Pn Yani Deco Choco. sedap... jom kita layan resepi mohon cnp resepi ya tima kasih kongsi resepi nie...

CHICKEN CORN SOUP....Vermont Street Style :)

Ingredients:-

  • 3 tbsp peanut oil ( ganti dgn butter)
  • 3 crushed garlics
  • 1000ml water
  • 2 chicken breast - finely minced
  • 1 can of corn kernel - blend to get a smoother texture
  • 2 eggs smoothly beaten
  • a cup of home made chicken stock ( hat ni guna chicken stock maggie)
  • a pinch of salt
Directions
  1. Heat oil and add garlic. Fry until golden brown. Add in water and bring to a boil. Add minced chicken and corn. Let it simmer. 
  2. Then, add eggs and stir continuously counter clockwise and then rotating the cycle. Add the chicken stock. Salt to taste. Garnish with spring onion. Serve hot. You may enjoy it with wholemeal bread. :)