Friday, October 19, 2012

Cheese Tart

Assalamualaikum , selamat petang semoga kita semua dikurniakan kesihatan baik & dipermudahkan segala hal..Amin.. sekejap betul masa berlalu, hari ini dh hari Jumaat ..pas tu weekend (mood happy)..yes yes...rasa letih sangat sepanjang minggu nie, nk kata bnyk keje tak jugak macam biasa je..cuma mood tu kurang sikit laa....apa2 pun kena relax...jgn stress2..tak baik utk kesihatan btul kan? Jadi jom kita tarik nafas tahan...(opps jgn tahan lama sangat).lepasss..lega rasanye, klau asyik stress semua benda ada je yg tak kena gaya..

Tapi sejak seminggu 2 nie..sebelah petang hujan kekadang ada petir....mungkin dh nk hujung tahu biasa fenoman hujan akan berlaku (ikut permerhatian wan lah)..dan beberapa negeri yg biasa di landa banjir mesti telah membuat persiapan bagi menghadapai keadaan tersebut..apa2 kita  berdoa mudah-mudahan kita dilindungi segala musibah.. okey ..berbalik pasal hujan bukan apa cuma  time hujan cam nie perut mula lah minta di isi..(sambil terbayang karipap  & kopi O panas..sedap sedap)dah jauh betul melalut nie..sebenar nye nk tayang cheese tart yg ari tu buat..nk mkn cheese cake x dpt..cheese tart pun ok la..cheese jugak kan...biasa la resepi ulang tayang sebelum nie pun dh pernah buat , Sini kali ni wan buat dua filling blueberry & strawbery resepi wan ambik kat blog Masam Manis..Pn Azlita..tq..mohan cnp kat sni ye

BLUEBERRY CHEESE TART
Masam Manis

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-Cara:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota: Jika guna telur Gred B, buag sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
                                                                                                                                                               
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.
 JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba

Wednesday, October 3, 2012

Biskut Oat Coklat Cip

Assalamualaikum selamat pagi , diharap kita semua sentiasa dikurniakan kesejahteraan..amin, tetiba perut ku berbunyi ..mintak diisi dlm makna lain LAPARRRR.....tapi lunch time lambat lagi...hehehhe nasib ada penyelamat nak tahu apa dia!...jwapan nya BISKUT..tapi bukan cream cracker tau..biskut oat ..sedap ..sekejap je kosong balang..kat rumah ank sedara pun suka..siap request buat lagi ..tunggu mak ngah free sikit ye..(mood malas)
idea nk buat biskut nie dtg bila tengok stock oat kat rumah banyk..klau nk mkn cam tu je confirm tak luak...takut expire pulak..dah membazir kan kan....
Resepi ni ambil dari MY Resepi...pada Mummy7857 tuan punya resepi tqvm...memang sedap dan rangup lagi..tu yg bila mkn tak tahu nk brenti..mohon cnp kat sni ya...Jom layan resepi...

My Resepi
Mummy7857

Bahan-bahan ( Dapat dalam 2 balang )

  • 1 cawan butter
  • 2 cawan tepung - tp mummy kurangkan tepung, lebihkan oat - wan pun sama
  • 1 sk baking soda
  • 1 cawan gula pasir halus - wan guna gula perang 2 cwn
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat -diblender halus
  • 12 oz coklat cip
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • 9 oz cadburry bar-diparut (kalau takde, gantikan dengan coklat rice/takde pun takpe) wan x letak
  • 1 cawan badam/gajus/hazel -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar - wan guna badam
  • 1 susu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Putar butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan butter tadi
  4. Masukkan coklat cip, cadburry bar dan kacang. Gaul rata
  5. Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit @ hingga masak 
  6. Selamat mencuba !

Tuesday, October 2, 2012

Butter Cake

assalamualaikum..selamat ptg dh lama tul tak jenguk blog almaklum tuan nya tak sihat, batuk &demam, ditambah pulak dgn kje yg banyak...tu yg sepi je blog nie..tapi alhamdulilah dh sihat...amin..
ari nie nk share resepi kek butter sdap .nyum nyum...klau mkn sepotong confirm nak makan lagi, kat umah nie semua suka mkn kek tapi adik yg no 3 tu lebih suka mkn kek butter dibandingkan dgn kek yg lain,
 dlm resepi kek nie ada letak raisin ..mengikut resepi klau nk buat kek butter tak payah letak..kebetulan raisin tak der stok..jadilah kek Butter
resepi nie dapat masa pegi kat blog Bisous A' Toi dan easybakes ...pada tuan punya resepi mohon cnp kat blog nie..senang nk buat rujukan klau salin kat kertas asyik hilang  je...kat sni senang sikit nak buat terus je pegi kat blog..tqvm


Ingredients:
5 Eggs
180 Sugar
200g Self Raising Flour, sifted
250g Butter, soften
1/2 teaspoon Vanilla Essence
80g Raisin, soaked to soften and dried (omit to make butter cake) (I soaked in orange juice & later coat them with some flour)

How to do it:
Grease baking tin.
Reheat oven at 170C
Beat butter and sugar till creamy and light.
Add egg one at a time and mix until well combined.
Add flour and fold in slowly.
Mix in vanilla essence and mix evenly.
Lastly add sultanas & fold just so.
Pour mixute into baking tin.
Bake in reheated oven for 45 - 50 minutes.
Remove and cool on rack

Source: http://myhouseholdcapers.blogspot.com