Thursday, May 17, 2012

Black Forest Cake

Assalamualaikum ..ptg nie  nk share  kek yg buat pada ari isnin lepas..black forest cake..
teringin nk cuba...biasa la resepi nie wan dpt kat blog Masam Manis ..
buat 2 biji kek sekali, sebab nk kasi jiran sebelah rumah... tapi  tpg nye wan beli tpg mix yg biasa jual kat kedai bahan2 kek, sorry resepi nye tak salin la pulak, sape yg nk cuba resepi nie bolehla ikut resepi Pn. Azlita ya...
Tq Pn. Azlita sudi kongsi resepi..jom mari kita tengok resepi nye..
Mohon CnP kat snie...

BLACK FOREST CAKE
Masam Manis

BLACK FOREST CAKE

DEVIL'S FOOD CAKE
1 kotak Moist Supreme Cake Mix (wan beli yg biasa jual kat kedai bahan2 kek tu je)
1 1/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak ~ ita guna Mazolla
3 biji telur

Sebelum buat kek kita kena panaskan dulu oven kalau boleh biarlah 15 minit awal.
Kemudian sediakan loyang bulat ukuran 8 inc
Oleskan dengan butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Satukan tepung cake Moist Supreme Cake Mix, air, minyak dan telur dalam bekas.
Pukul perlahan bila dah rata pukul kuat selama 2 minit
Tuang adunan dalam loyang
Bakar kek dalam oven pada suhu 170C hingga masak
Kek masak bila lidi yg kita cucuk pada tengah kek keluar kering dan licin.

Bila kek dah masak sejukkan
Bila dah sejuk keluarkan kek dari loyang
Potong bahagian atas kek yang keras
Potong kek kepada 3 lapisan ini bergantung pada kita berapa lapis yang kita nak buat layer
Ketepikan
Sekarang kita buat filling dan tooping
FILLING1 tin blueberries (wan guna dark pitted cerry)
3 sudu besar bluberries filling (wan tak letak )
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula kastor
500 ml Whipping cream
Cherry merah ~ hiasan  (wan x letak tak der stock)
Choc rice ~ hiasan (wan x letak tak der stock)

Blueberries dalam tin di toskan , asingkan air dan buahnya
Airnya di campurkan dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar tepung jagung dan masak atas api yang perlahan hingga sedikit pekat
Kemudian biarkan syrup blueberries ni betul-betul sejuk

Pukul whipping cream hingga kaku
Susun selapis kek atas lapik kek
Sapukan syrup blueberries atas kek hingga rata ~ guna brush
Kemudian sapukan whipping cream tadi dan ratakan
Kemudian taburkan buah bluberries yang telah kita toskan tadi
Tekan-tekan sedikit supaya dia masuk ke dalam cream
Letakkan lapisan yang kedua dan lakukan kaedah yang sama hingga habis semua lapisan
Sapukan seluruh permukaan kek dengan cream ~ ratakan
Taburkan choc rice di sekeliling kek
Paipkan blueberries filling di atas dan tengah-tengah permukaan kek
Hiaskan lah kek mengikut kreativiti anda..


Buat utk abah ari tu...nie ada letak coklat rice sikit  & parutan coklat 
 hias dgn parutan coklat jeee

No comments:

Post a Comment