Monday, September 10, 2012

Biskut Suji Brunei

Biskut nie baru first time buat.. masa tengah buat listing biskut apa yang nk buat utk raya tahun nie  kak long dia kata nak cuba buat biskut suji , masa duk cari resepi nampak pulak kat Dapur Tanpa SempadanBlog HomeKreation ..terus copy resepi & buat..alhamdulilah sedap sangat . Biskut nie pun dah jadi kegemaran anak saudara..hari-hari usung balang biskut sampai bersih biskut yg tinggal paper cup je dlm balang biskut..jom kita layan resepi , pada tuan punya resepi & Che Mat terima kasih dan mohon cnp kat sni ya


BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram dan mungkin tidak habis).
  3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
  4. Biarkan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil, simpan dalam bekas kedap udara..
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh buat 1/2 dari resipi di atas. Dan untuk bahan salut tu, mat guna kurang lebih 3/4 cawan nestum kisar halus + 1/3 cawan susu tepung + 1 camca besar gula aising, gaul rata dan boleh guna untuk menyalut suji Brunei. Satu lagi nak pesan, kalau anda nak letak dalam paper cup macam mat buat tu, jangan gentel biskut terlalu besar, ini kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Ok tu saja, selamat mencuba...
 
 
.

Cornflakes Madu

Biskut nie kegemaran anak saudara kat rumah..sekejap je dah abis..sedap & mudah nk buat
resepi nie ambil kat My Resepi, pada Umi_e terima kasih & mohon cnp kat sini..

My Resepi
Umi_e

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )

  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
  • manik warna warni untuk hiasan - wan ganti dengan almond nibs

Cara-cara

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter 
  2. (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
  3. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup) 
  4. aduk sampai rata 
  5. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)

Biskut Raya - Biskut Dahlia

Assalamualaikum..dah nk abis raya pun..tapi baru sibuk nk tayang biskut raya ari tuu..Biskut Dahlia nie adik yg buat dia ikut resepi Che Mat - Dapur Tanpa Sempadan..biskut memang sedap rasanya..
tima kasih pada Che Mat yg sudi kongsi resepi , mohon cnp kat sni ya


Dapur Tanpa Sempadan
Che Mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) - wan guna buttercup
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


Wednesday, September 5, 2012

Baked Pasta

Assalamualaikum..selamat ptg..tetiba perut lapar pulak..adeh...adeh... teringat lak kat baked pasta yg buat ari tu...yum yum..buat guna makaroni je ..bertambah lapar pulak..
resepi nya wan dapat dari blog DapurKu SaYang ..ada step by step lagi senang nk faham..tak payah cerita panjang jom kita layan resepi..
pada Dayang mohon CnP kat sni ya..tima kasih banyak share resepi yg sedap nie...

DapurKu SaYang
Dayang Jack

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni  + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan) - wan guna makaroni
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju - wan guna cheesedale
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano - keju parut x der , guna cheesedale


Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.