Thursday, March 31, 2011

Air


Ari nie sye nk bercerita pasal AIR,
kekdang kita nie leka tentang PEMBAZIRAN air, tak dinafikan kita semua ambil mudah pasal nie..sebab bila buka je paip dah boleh guna air yg bersih, bayangkan balik2 rumah air tak ada  mahu hura hara jap rumah, nak memasak, mandi , mencuci dah apa sje la yg menggunakan AIR
sye sendiri pun bile menggunakan air tak ingat pun membazir , tapi sye bukan apa nk ingat kan diri sendiri & berkongsi TIPS  , nie pun i copy  jee ..refer SINI




Air adalah suatu anugerah alam yang paling berharga. Namun ia sering dianggap seolah-olah sebagai suatu sumber yang tidak akan putus (inexhaustible source) dan sering diambil mudah (taken for granted) dan dibazirkan. Sebagai suatu langkah berjimat cermat dan mengurangkan bil air, kita boleh mengamalkan tips berikut.
Memeriksa sama ada terdapat kebocoran
Kebocoran menyebabkan pembaziran air dan meningkatkan bil bulanan anda. Pemeriksaan yang kerap mengenai kebocoran hendaklah dilakukan seperti berikut:
1.       Periksa pili dan paip sama ada terdapat kebocoran.
2.      Pastikan tangki tandas tidak melimpah.
3.      Tutup kesemua paip di rumah anda dan periksa meter air.
4.      Sekiranya meter masih lagi berjalan maka ianya menunjukkan berlakunya kebocoran.
Petunjuk-petunjuk berlakunya kebocoran saluran paip bawah tanah di rumah anda ialah:
•        Terdapatnya kesan lembap di kawasan tanah di mana terdapatnya saluran paip.
•        Berlaku kekurangan bekalan secara tiba-tiba. (Tidak disebabkan oleh gangguan bekalan saluran utama).
Jika kebocoran dikesan, tutup "stop cock" yang terdapat di meter air dan hubungi tukang paip berlesen untuk membaiki kebocoran itu dengan segera.
Hentikan titisan
Titisan air yang laju dari paip dapat membazirkan air sebanyak 3,000 liter sehari! Pembaziran ini dapat dielakkan dengan:
•        Menutup paip dengan kemas.
•        Tukar sesendal.
•        Periksa pemasangan paip.
Tandas
Purata sebanyak satu pertiga daripada penggunaan air di rumah adalah untuk mencucur tandas. Tandas lama menggunakan sebanyak sembilan liter air atau lebih pada setiap cucuran. Tandas baru yang telah dikuatkuasakan penggunaannya, menggunakan tidak lebih dari enam liter air untuk setiap cucuran. Sekiranya anda bercadang untuk menukar tandas, pastikan tandas baru menjimatkan penggunaan air.
Jimatkan air semasa mandi
Banyak air yang dapat anda jimatkan semasa mandi jika anda:
•        Menghadkan masa mandi.
•        Mengawal penggunaan air semasa mandi.
•        Menutup paip semasa menyabun badan.
Jimatkan air semasa di dapur
•        Cuci sayur dan daging di dalam singki yang dipenuhi air separuh muatan. Anda dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak lima belas kali ganda berbanding dengan penggunaan air paip yang mengalir.
•        Jika mencuci pinggan dengan cara yang sama, anda dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak tujuh kali ganda.
Gunakan muatan penuh semasa membasuh dengan mesin pembasuh
•        Apabila membasuh pakaian dengan menggunakan mesin pembasuh, gunakannya dengan muatan penuh kerana jumlah penggunaan air adalah sama banyak sama ada muatan penuh ataupun separuh.
* Moral : Merancang adalah penting dan menjimatkan, anda mampu melakukannya!!!

Wednesday, March 30, 2011

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan

boleh refer Sini

Kacang SoYa

As salam,
Sje nk kongsi info, sye pun suka jugak minum air soya
Siap buat sendiri lagi..hehheh
Selalu gak baca pasal kebaikan kacang soya, rasa nye klau minum bagus la utk kesihatan kan.
tapi baru2 nie sye baru tahu pasal ada yang kurang baik dari segi kesihatan tentang SOYA nie...
sebenar nye INFO nie mengkin dah lama , tapi sye yang agak ketinggalan kot...

Tuesday, March 1, 2011

Paper work

Bila la nk abis paper work ku ini,
dah sampai tak tau nk start dari mana...
helppp...