Thursday, March 15, 2012

Talam Tokyo

assalamualaikum  good afternoon (こんにちは - konichiwa)betul tak ejaan nie,klau salah harap tegur ya,
sje je heheheh..ari tu wan ada buat kuih nama nye Talam Tokyo tu yg selitkan sikit bahasa  jepun tapi  tak berapa cantik, tengok tuan punya resepi & yg  telah mencuba resepi nie semua nye elok2 cantik belaka.....tak pe next time buat lagi sampai elok... Jom layan  resepi ....
Pada tuan punya resepi mohon CnP kat sni, TQVM

Talam Tokyo - Ruhie
My Resepi

Bahan-bahan ( loyang saiz 8x8 inci )

  • Lapisan bawah:
  • 1 cawan sagu biji
  • 1 peket kecil suhun -rendam hingga lembut (wan x letak)
  • 1/2 cawan kelapa parut-ambil putih sahaja
  • 1/2 cawan santan cair
  • secubit garam
  • Lapisan atas:
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 1/4 cawan santan
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • sedikit pewarna hijau dan kuning

Cara-cara

  1. sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.
  2. untuk membuat lapisan bawah,rendam sagu biji dan tus kan.campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit.
  3. apabila lapisan bawah sudah masak,tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat.sama kaedahnya dengan kuih serimuka.
  4. untuk lapisan atas pula,campurkan kesemua bahan dan kacau rata supaya tak bergentel.tapi kalau nak lebih mudah blender aje.lebih halus...
  5. bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau.kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning.
  6. kukus lapisan yang bewarna kuning dahulu selama 10 minit.kukus dengan api sederhana.
  7. Bila lapisan kedua sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau.sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning
  8. kukus hingga masak.slalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer.Jangan lupa alas penutup kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh kat kuih.nanti tak cantik pulak kuih talam tu.tapi saya guna aluminium foil jer.boleh juga...


wrna pun terbalik sepatutnye hijau kat atas , nie jadi duk ditengah lak


Wednesday, March 14, 2012

Durian Pancake

assalamualaikum , nk kongsi 1 resepi nie, Durian Pancake, tapi wan buat versi sendiri je(durian tak der huhuuu) dh lama teringin nk buat kebetulan ada lebihan santan tu yg buat, tapi rugi sebab tak dpt rasa resepi yg sebenar ..wan buat versi apa yg ada kat umah, tapi tetap sedap ..(pancake wan tak secantik  macam tuan punya resepi)
Mohon CnP kat sni ye, TQ pada tuan yg empunya resepi.


Durian Pancake - 14sept
My Resipi

Bahan-bahan ( - )

  • Kulit Pancake:
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500ml santan
  • ½ sdt garam
  • Pewarna hijau
  • Bahan Inti:
  • Whipping cream + gula (manis ikut citarasa memasing)
  • Isi durian (wan tak letak tak de stock)

Cara-cara

  1. Kulit: Blend semua bahan.
  2. Buat dadar nipis²
  3. Inti: Pukul Whipping Cream dan gula sehingga menjadi cream/kental
  4. Isi durian dilumat kasar
  5. Pancake Durian: Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream.
  6. Kemudian letakkan isi durian diatasnya.
  7. Lipat dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.

smpi pecah sebab isi lebih whipping cream

Hasil Keras Tangan - Buttercream


Cup cake - hasil deco

deco sama cuma warna je lain


Saturday, March 10, 2012

Karipap

Sebut je pasal karipap, tak kisah inti apa pun wan memang suka, yg penting kulit karipap tu mesti rapuh.Sebenarnye dh lama wan tak buat karipap, biasa klau wat karipap kat rumah ni memang banyk, memang wat extra, klau boleh dari sarapan sampai makan malam (isshh, isshh ank sape la nie heheheh)
kebetulan masa pergi beli brg kat econsave (promosi percuma)nampak pulak keledek oren masih baru,apa lagi dh terbayang karipap, tak boleh jadi nie nk buat karipap, nak buat karipap jugak .
Resepi karipap & inti wan ambil dari Blog JintanManis (Rosmarlina ) memang sedap .......
Kak mohon CnP resepi kat sini nie ya, tima kasih banyak2  Ros

Karipap 
JintanManis

Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/3 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek
3 biji keledek oren saiz sederhana ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara-caranya

Buat Doh Pastri dulu

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap

1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim

1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


kelim tak cantik & ada bentuk 4 segi kes nk cepat siap

Apple Crumble

Assalamualaikum, Selamat pgi, good morning , oouchh ya Allah bnyk nye sawang & habuk isshh, isshh,blog spe la nie (sendiri punya blog lagi tnya org ,sebab dh lama tak jenguk blog huhuhuu) ari nie baru sempat jenguk blog, bz tahap tertinggi(heheheh) kebelakangan nie,masa time cuti dr blog ari tu sempat jugak buat pencuci mulut apple crumble ,resepi nie wan dpt dari My Resepi, first time buat & cuba emm memang sedap, lagi2 mkn dgn ice cream pehhh...yum yum..,
pada tuan punya Mohon CnP kat sni ye, tqvm sebab kongsi resepi..

Apple Crumble - Arctosh
My Resepi

Bahan-bahan ( 4 - 6 org makan )

  • 4 Biji Apple Hijau / Apple Merah kalau tak suke masam]
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (Wan x letak)
  • 1 sudu besar perahan jus lemon
  • 1/2 Cawan gula perang [kalau manis sile la kurang kan kepada sesape yg pakai apple merah]
  • Untuk Crumble :
  • 1 1/3 cawan tepung gandum biasa
  • 6 oz / 170g mentega [saya pakai Anchor mentega] (Wan guna butter cup)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan Oats / Corn flake [hancurkan/ramas je pakai tangan] (Wan letak oats)

Cara-cara

  1. Gaul kan Apple dengan serbuk kayu manis , perahan jus lemon & gula perang . Ketepikan sementara untuk buat crumblenya .
  2. Dalam bekas/mangkuk yg lain , gaulkan tepung gandum , gula perang & Oats . Sebatikan .
  3. Mentega beku dihiris bentuk cube kecik kecik . Sebatikan kan denga adunan no 2 tadi sampai jadi ala ala macam bread crumbs .
  4. Panas kan oven 180 celcius selama 15 minit dahulu, Sapu marjerin keliling loyang 8 x 8 inch , letakkan kan apple tadi dlm loyang , last skali tabur lah crumbs di atas nye ... masak la selama 30 minit atau sampai crumbs nya bertuka warna keperangan perangan...
  5. Sedap dimakan bersame Ais Krim di petang ari... ahakss.. selamat mencuba yer...

apple crumble & ice cream